Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

10 August 2010

Cecupat Cinca..






Ha..Salam semua..

Tukar entri gumbira sedikit lah.Boleh?

Anda suka baca novel?

Jika anda suka, saya sarankan anda membaca novel dari Faisal Tehrani ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan sekerja saya, cik Idaman kerana menghadiahkan buku ini pada saya. Lengkap dengan tandatangan Faisal Tehrani lagi tuh..ngeee:D

Idaman hadiahkan buku ini pada saya ketika saya berada di zaman kegelapan saya.
Zaman berairmata.
Zaman murung.
Zaman pahit.

Berharap agar dapat saya ukir senyuman tatkala membaca buku ini.

Ya, saya tersenyum. Bukan sahaja senyum malahan ketawa.Bukan sahaja ketawa malahan berdekah-dekah bunyinya.Dek kerana buku ini..

Hehe..

Plot cerita, susunan ayat dan bahasa nya, sangat indah. Dan apa yang best, beliau selitkan juga sindiran-sindiran pada insan² tertentu..Contohnya terbaik ialah..

Tempe.

Oooops..Bukan Pak Mat Tempe yer...Sebab Pak Mat Tempe dah kene langgar motokar..Bagaimana lah hendak di ceritakan..heheh

Cerita tentang masakan Melayu - Islam dan adab-adab Melayu yang kian pupus ditelan zaman kini.

Yang penting, beliau selitkan juga Hadis² dan juga Tafsir dalam beberapa ayat² Al-Quran.

Dalam menghiburkan, beliau berdakwah!Menarik bukan..?

Saya sekarang sedang membaca satu lagi karya beliau..

..Manikam Kalbu..

Juga disyorkan oleh Idaman yang sangat menggilai..saya ulangi SANGAT MNGGILAI..karya Faisal Tehrani..

Oh, sebelum itu..Idaman sudah menarik saya untuk membaca karya penulis kegilaannya..
Sekarang, giliran saya pula..

Mahu Idaman membaca karya penulis kegemaran saya..Encik Ahadiat Akashah!!

Baiklah.Mahu sambung membaca!

Tatatititutu



Aku,

2 comments:

zarith said...

ude, aku dah baca manikam kalbu.
ketupat cinta baru habis setengah.
aku pun minat giler karya faizal tehrani. hihih - zarith

IdaMandarin said...

Saya gembira kerana anda suka. Cepat habiskan Manikam kalbu pula!