Nuffnang Ads

FoLLoWeRs

08 August 2010

Saya Rindu Dengan Celotehnya...



Sejak 2007 saya menulis blog.

Semasa saya masih belajar lagi..

Saya pernah punya pembaca setia.

Yang sentiasa akan menghiasi shout box saya selepas dia membaca.

Macam² komen dan celotehnya buat saya ketawa sendirian bila membaca.

Dia gemar menyamar menggunakan nama-nama yang kelakar.

Dan memberi link pada web yang tak wujud.

Saya rindu celotehnya.

Kini dia senyap.

Mungkin masih membaca atau tidak.

Ini antara nama, komen dan juga link² mengarut yang die pernah wujudkan..


anonymouseeee
www.hantokhantokpale.pi la

cincalukgoreng
www.www.dot.dot.dot

hepi belated fwenship day gak!thanks oso for being a funniest fwen..
heh.stay keep in touch babe!

gergle
www.korekidong.rasesikit

elooo..hye bufday gurl,olo xdpt nk celebrate sesame kn.
klw x dah dpt beli kek n makn2
.hope still maintain,pjg umo murah rezki..luf ya fwen mmuah


www.kudakulari.com
eyp cik ude,,
mmg mcm dah bersawang blog nih..hihi..just drop by to say hiiiii



www.cokcekcokcek.com
if kite ade bestfwen skang,appreciate la bebetol..sob..sob..
btol ckp ude-krn dirimu begitu b'harga..


www.korek2idung.com
haha..bestnye blik mlk.xtau ape yg menarik kt mlk tuh.tp mmg best blk sane.
mcm dah jd ank mlk jati la plak.lawak gle masuk umah antu.gle lar


tompoktaikunta.com.myhead

huhu rase guilty sgt ude..bout those guys yg blind,
coz i memula yg ckp kt ude.
xpatut..xpatut..tp kite xtau kan.heh


cendol leleh.com.myheart



Hahah.Bila saya baca semua,saya ketawa.

Teringat akan gilanya kepala dia.

Teringat betapa bersungguhnya dia ketika ketawa.

Dia kata saya pendek.

Dia gelak kemudiannya.

Bila saya bercakap.

Dia gelak.

Kerana saya ckp bahasa Na'vi seperti Avatar.

Bila saya cakap mcm Cina ala-ala Johan Raja Lawak

Dia gelak lagi.

"Ohoi..cek mek molek..Adoiy cek molek"

Dia gelak lagi.

Dia gelakkan saya jika terlihat cara saya menggaru leher.

Dia gelakkan saya melihat saya melempar bola bowling.

Dia gelakkan saya jika saya meniru aksi si Kuntum dalam Filem Man Laksa.


..Saya rindu..


Kerana jika dapat mendengar suaranya pun sekarang, walau 10 minit..Lebih banyak berdiam dari berkata².

Tidak ada lagi lawak sengal² ubi.


..Saya rindu..


Jangan salahkan saya.Kerana ini perasaan saya.



..Saya rindu..


Dari Hati,